Pengeluaran Global Honda Turun 6.4% Tahun 2022

 

Honda baru-baru ini telah mengumumkan angka pengeluarannya bagi tahun 2022 iaitu sebanyak 3,870,161 unit, 6.4% lebih rendah berbanding tahun 2021, mencatatkan penurunan untuk tahun keempat berturut-turut. 


Tahun lalu, Honda mengeluarkan sejumlah 643,973 kenderaan di Jepun, peningkatan sebanyak 4.6% berbanding tahun 2021, dan  daripada jumlah tersebut, Honda telah mengeksport 76,704 unit, peningkatan sebanyak 15%. Sementara itu, di Amerika Syarikat, sebanyak 831,908 kenderaan dihasilkan – penurunan sebanyak 2.9%. 








Dari segi jualan, jumlah kenderaan yang terjual di Amerika Syarikat pada tahun 2022 ialah 983,507 unit, 32.9% lebih rendah berbanding tahun 2021 yang mencatatkan jualan sebanyak 1,466,640 unit. Angka tersebut adalah bagi kedua-dua jenama iaitu 881,201 unit Honda dan 102,306 unit lagi bagi jenama mewah Honda, Acura. 


Model terlaris di AS ialah CR-V dengan jualan sebanyak 238,155 unit, 34.1% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Untuk Acura pula, model terlaris ialah MDX yang terjual sebanyak 46,425 unit, turun 22.7% berbanding tahun sebelumnya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Civic e:HEV RS. The next chapter in advanced technology. Book now!

cash bonus of RM 1,000 For a Honda City